Callbacks (disiarkan 12 April 2007) So_You_Think_You_Can_Dance_(Musim_1)

Daripada 500 orang yang mengambil bahagian dalam dua hari ujibakat tersebut, cuba tujuh orang yang dilayakkan memasuki Boot Camp manakala 80 yang lain dipanggil kembali untuk menjalani ujian kedua sebelum dilayakkan ke Boot Camp. Hanya 40 orang peserta — 20 lelaki dan 20 wanita — akan layak ke pusingan Boot Camp, termasuklah tujuh peserta dari ujibakat yang dilayakkan terdahulu. Kali ini Pat Ibrahim dan Judimar Hernandez kembali mengadili mereka, bersama dua orang juri berlainan, iaitu Yannus Sufandi dan Ramli Ibrahim. Para peserta Callbacks diuji kebolehan menari dalam gaya tarian yang selain dengan gaya yang selalu dibuat setiap seorang daripada mereka, serta juga diuji kebolehan menari secara berpasangan. Hanya 40 orang peserta layak ke pusingan Boot Camp — 20 lelaki dan 20 wanita, termasuk tujuh orng yang dilayakkan ketika uji bakat.

Berkaitan